Labels:
Tv Shows
Menceritakan kisah sedih menyayat hati kehidupan Shakira yang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan bersama neneknya sejak mereka ditinggalkan ibunya sejak kecil. Walaupun Shakira telah ditinggalkan oleh ibunya, dia terus tabah meneruskan kehidupan daifnya bersama nenek tersayang, Nek Kiah.
Shakira kini bakal menduduki peperiksaan SPM. Kadang kala, Shakira terpaksa ponteng sekolah kerana masalah kesihatan Nek Kiah yang memerlukan penjagaannya. Pada masa yang sama, sekolah Shakira juga menerima kemasukan cikgu baru, Airil. Shakira yang selalu tidak hadir ke kelas membuatkan Airil tertanya-tanya. Tapi tanpa soal selidik, Airil terus mendenda Shakira.
Sehinggalah pada suatu hari Pak Jamil pergi berjumpa dengan pengetua sekolah untuk menceritakan tentang nenek Shakira dimasukkan ke hospital. Sejak itu barulah Airil mengetahui punca utama Shakira sering tidak hadir ke sekolah. Sejak itu Airil cuba memberi kata-kata perangsang dan menjadi peneman Shakira semasa di hospital sehinggakan mereka mula menyimpan satu rasa di dalam hati masing-masing.
Datuk Malik, bapa saudara kepada Airil merupakan seorang pengusaha kaya yang selalu bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin termasuklah Shakira. Datuk Malik jugak melayan Shakira seperti anaknya sendiri. Enam bulan telah berlalu dan Shakira telah selesai menduduki SPM. Suatu hari, Datuk Malik kelihatan resah dan punya masalah. Apabila ditanya Shakira, Datuk Malik sebenarnya mahu melamar Shakira. Shakira amat terkejut.
Apa akan terjadi seterusnya? Adakah Shakira akan berkahwin dengan Datuk Malik demi membalas jasa lelaki yang dianggap seperti ayahnya? Ataupun Shakira akan menunggu kepulangan cinta pertamanya iaitu Airil? Siapa yang menjadi pilihan Shakira?
Like this post :
3 comments:
tipu!!!!!!!
bengong!!!
bengong!!!!
Leave a Reply