Labels:
News
Hari ni admin nak bagi Topup Rm5 percuma.
SAUDARA/SAUDARI
KAJIAN PERSEPSI BELIA TERHADAP CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PERDANA LEADER FELLOWSHIP.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan Persepsi Belia Terhadap Cadangan Pelaksanaan Program Perdana Leader Fellowship.
Program Perdana Leader Fellowship adalah satu program penjenamaan semula menggantikan ‘The Leader’ yang merupakan satu daripada enam (6) inisiatif (Transformation Initiatives) yang dibentuk sewaktu Makmal Transformasi Pembangunan Belia.
Program ini menggunakan pendekatan berkonsepkan gabungan latihan internship dan mentorship bagi melatih, membimbing dan meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri belia.
Saudara/saudari boleh melayari laman web
http://interaktif.kbs.gov.my/theleader atau
http://vyrec.com/mari-sertai-perdana-leader-fellowship
bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Perdana Leader Fellowship.
Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM5.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab kajian ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya.
Pembayaran top-up akan dibuat SELEPAS pihak IPPBM menerima penyertaan 5,000 responden. Selepas menerima kod top-up, tuan/puan diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor top-up.
Untuk menyertai survei ini sila klik ke url >>SINI
Kesemua jawapan dan pandangan anda akan dijadikan input kajian tersebut.
Sekian, terima kasih.
Like this post :
0 comments:
Leave a Reply