Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts
0





Apa itu OsemSpace?

Mungkin ada di antara anda yang pernah dengar pasal OsemSpace. Tapi ada juga yang mungkin tak pernah dengar. Apa pun mari baca penerangan di bawah ni.

Sebelum tu, baca serba sedikit tentang latar belakang OsemSpace ni. OsemSpace merupakan salah satu produk dari Osem Network (0030583-X) yang telah ditubuhkan pada Januari 2012.

  • Diasaskan oleh Encik Amirol Ahmad
  • Misi : menyedia dan memenuhi keperluan pelanggan sebaik mungkin.
  • Kami lebih mengutamakan kualiti berbanding kuantiti.
  • Memiliki lebih dari 40 000 pelanggan terdiri dari syarikat swasta, multi nasional, kecil, sederhana mahupun untuk persendirian.

Apa yang OsemSpace ni sediakan?

Untuk pengetahuan anda, OsemSpace ni menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Web Hosting, Linux & Windows VPS, Dedicated Server, SSL Cert, Domain Registration dan lain-lain lagi.


Boleh dipercayai ke OsemSpace ni??

Ya, Boleh. OsemSpace ni telah bekerjasama dengan banyak syarikat-syarikat besar dari dalam & luar negara seperti CloudFlare, Microsoft, Intel, GlobalSign, Comodo SSL, 2checkout, eNom, WHM Complete Solution, McAfee dan shinJiru. Dan yang terbaru adalah Acunetix.




Apa kelebihan menggunakan OsemSpace ni?

  • Uptime sehingga 99.9%
  • Jaminan 30 hari wang dikembalikan
  • Sokongan khidmat pelanggan 24/7/365

Macam mana sekarang? Berminat tak? Nak tahu lebih lanjut pasal OsemSpace nih? Ada banyak cara. Anda boleh rujuk maklumat di bawah ni :

  • Sebarang pertanyaan boleh menghubungi melalui email, menghantar support ticket (sales@osemspace.com), sms ke +6019-5151 707 dan menghubungi talian tetap di +606-977 6175.
  • Follow twitter @osemmsia dan fb page Osem Network.

Antara harga-harga domain :





PROMOSI SEPTEMBER!!

Pihak OsemSpace sekarang sedang membuat Promosi khas untuk bulan September!!

1. Pendaftaran domain .org hanya RM21!!
2. Perdaftaran domain .pro hanya RM15!!
3. Perdaftaran domain .asia hanya RM15 (standard price: RM44)

4. Perdaftaran domain .info hanya RM17 (standard price: RM30)

Klik dkt SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Promosi ni.

Terms and Conditions:-

1. Promosi ini hanya sah untuk Permohonan Baru dan dalam tempoh Satu Tahun sahaja!! .ORG Domains yang didaftar untuk 2 tahun akan dicaj 1 tahun harga promosi + satu tahun harga biasa.

2. Untuk domain .pro, promosi hanya sah untuk permohonan baru sahaja!

Still tak jelas? Tak apa, boleh klik link-link kat bawah nih.
http://www.osemnetwork.com.my/portfolio/osemspace/
http://www.osemspace.com/
http://www.osemspace.com.my/
http://client.osemspace.com/
http://promo.osemspace.com/
 
Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2
Uncle Seekers Ditahan Polis



Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan polis malam tadi berhubung penyiaran artikel dalam blognya minggu lalu, yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Entri berkaitan –> 30 Individu Buat Laporan Polis Terhadap Uncle Seekers

Sinar Harian Online difahamkan beliau ditahan di Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam sebelum dibawa ke Nusajaya, Johor.

“Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya,” kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi sebentar tadi.

Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat.

Sumber---> Sinar Harian Online
Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0

30 Individu Buat Laporan Polis Terhadap Uncle Seekers

Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada jam 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen sulit yang dipaparkan pada blog itu.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya,” katanya. – BERNAMA
Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0

Hari ni admin nak bagi Topup Rm5 percuma.


SAUDARA/SAUDARI

KAJIAN PERSEPSI BELIA TERHADAP CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PERDANA  LEADER FELLOWSHIP.


Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, sedang menjalankan kajian bagi mendapatkan Persepsi Belia Terhadap Cadangan Pelaksanaan Program Perdana  Leader Fellowship.


Program Perdana Leader Fellowship  adalah satu program penjenamaan semula menggantikan ‘The Leader’ yang merupakan satu daripada enam (6) inisiatif (Transformation Initiatives) yang dibentuk sewaktu Makmal Transformasi Pembangunan Belia.


Program ini  menggunakan pendekatan berkonsepkan gabungan latihan internship dan mentorship bagi melatih, membimbing dan meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dalam diri belia.


Saudara/saudari boleh melayari laman web


http://interaktif.kbs.gov.my/theleader    atau
http://vyrec.com/mari-sertai-perdana-leader-fellowship


bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Perdana Leader Fellowship.


Sebagai tanda menghargai jasa anda, IPPBM akan memberi sagu hati berbentuk nilai tambah pra-bayar (top-up credit) bernilai RM5.00 kepada 5,000 orang pertama yang menjawab kajian ini. Nombor kod top-up akan dikirimkan melalui email kepada anda yang berjaya.


Pembayaran top-up akan dibuat SELEPAS pihak IPPBM menerima penyertaan 5,000 responden. Selepas menerima kod top-up, tuan/puan diberikan tempoh selama dua (2) minggu sekiranya terdapat sebarang aduan berhubung kod nombor top-up.


Untuk menyertai survei ini sila klik ke url >>SINI
Kesemua jawapan dan pandangan anda akan dijadikan input kajian tersebut.



Sekian, terima kasih.

Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0
REMAJA LELAKI 16 TAHUN DITANGKAP KETIKA INTAI SEORANG WANITA 27 TAHUN MANDI


Remaja lelaki yang tidak bersekolah berusia 16 tahun telah ditangkap oleh suami kepada magsa kira-kira pukul 6 pagi di kampung tanjung kuala terengganu. mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 27 tahun telah melaporkan perkara itu kepada suaminya setelah dia menyedari perbuatan tertuduh.

Berikutan kejadian itu, remaja yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.



Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan berdepan dengan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang berpakaian kemeja, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan ke atasnya, sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.


Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0



GUIZHOU (China): Keadaan dialami seorang kanak-kanak, Liu Jiangli menyebabkan dia terpaksa melalui enam tahun pertama kehidupannya dengan trauma berbanding kanak-kanak lain sebayanya.

Murid sekolah itu dilahirkan dengan lapisan bulu kasar hitam di wajah dan lebih 60 peratus di seluruh tubuhnya.

Jiangli bersama Mingying yang menjaganya.

Jiangli berkeadaan aneh sejak lahir.

Namun, jika keadaan itu tidak cukup teruk, yang terburuk bakal menyusul.

Disebabkan keadaannya yang aneh itu dan dialami oleh hanya seorang daripada satu bilion orang, dia ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapanya.


Ketika baru berusia dua tahun, ibunya meninggalkan kediaman keluarga dan sejurus selepas itu bapanya membawa Jiangli ke taman bimbingan kanak-kanak dan tidak pernah lagi pulang untuk mendapatkannya.


Pusat bimbingan kanak-kanak itu membuat pengumuman di akhbar meminta sauda-mara kanak-kanak itu mengambilnya dan enam bulan kemudian, datuk kepada seorang daripada sepupunya tampil mendapatkannya.

Sejak itu, Liu Mingying menjaga Jiangli yang berasal dari bandar Guiyang, di wilayah Guizhou di barat daya China.

Bagaimanapun, Mingying bimbang Liu akan sentiasa dicemuh akibat penampilannya itu.

Jiangli tidak mempunyai kawan kerana kanak-kanak lain sama ada takut atau mempersendakannya.

Buat masa ini, tiada penjelasan mengenai keadaan dialami Jiangli itu.

Bagaimanapun, ia sama seperti sindrom dikenali sebagai Hypertrichosis Universalis yang menyebabkan pesakit dilitupi bulu di seluruh tubuh mereka dan hanya dihidapi oleh seorang dalam satu bilion orang. - DM

Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0



GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.

Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0




Virus terbaru yang dinamakan sebagai “Flame” kini mula merebak ke beberapa negara maju terutama Iran, Israel, Palestina, Sudan, Lebanon, Arab saudi dan Mesir. Virus ini dikatakan lebih canggih dan berupaya untuk melalukan pelbagai jenis serangan pada sesebuah komputer.

Antara kemampuan yang boleh virus Flame lakukan :

Dapat mengambil semua data yang disimpan oleh komputer apabila telah dijangkiti.
Dapat melihat sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah komputer dengan cara mengambil gambar screen, merakam semua aktiviti keyboard dan sebagainya.
Dapat mengaktifkan sistem audio komputer, microfon dan mampu untuk mencuri dengar segala berbualan pengguna kompoter.
Mengganggu pengguna lain.
Virus Flame ditemukan pertama kali oleh tim Kaspersky Lab, yang merupakan suatu perusahaan keamanan komputer di Rusia. Disebabkan pembinaan virus Flame yang lebih kompleks tiada antivirus yang mampu mengesan kehadirannya buat masa ini.

Mengikut hasil pembacaan saya, virus ini hanya mampu dihasilkan oleh negara maju kerana strukturnya yang lengkap. Sesetengah dari kita ada yang membuat kesimpulan dengan mengatakan ianya virus yang telah dicipta oleh Israel.

Namun, siapa perekanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya dan kemungkinan besar, virus ini mampu untuk mewujudkan perang siber.
Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
0


    Polis sedang memburu seorang pelakon filem lucah yang disyaki melakukan pembunuhan kejam menggunakan alat pemecah ais sebelum memuat naik video rakaman pembunuhan itu di Internet, dan menghantar bahagian mayat yang dipotong-potong ke beberapa buah pejabat kerajaan sekitar Kanada. Luka Rocco Magnotta, 29, kini diburu polis selepas sebahagian mayat mangsa ditemui dalam keadaan berulat terkunci dalam sebuah beg pakaian di kediamannya, yang terletak di sebuah blok pangsapuri, di sini. Bahagian video yang dilabel dengan tajuk '1 Lunatic 1 Ice Pick' itu dimuat naik pada minggu lalu, menunjukkan seorang lelaki yang dibogelkan diikat pada rangka katil sebelum diserang menggunakan alat pemecah ais dan pisau dapur. Laman web The Best Gore menyifatkan, video tersebut yang tidak pasti di mana dan bila ia dirakam, menunjukkan mangsa ditikam dan disembelih sambil diiringi irama lagu True Faith, oleh kumpulan New Order. Mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia ketika rakaman mula dijalankan, dipenggal kepalanya dengan beberapa bahagian badannya dipotong-potong dan didera secara seksual. Lelaki di dalam video itu, yang mana wajahnya tidak kelihatan, juga melakukan aksi seks dengan mayat tersebut. National Post melaporkan, terdapat juga pihak yang sangsi dengan ketulenan video tersebut, namun polis kini mengesahkan ia menggambarkan jenayah sebenar. Polis percaya, bahagian kaki mangsa kemudian dihantar ke ibu pejabat Parti Konservatif Kanada dan tangannya ditemui di gudang pos, yang kedua-duanya terletak di Ottawa. Polis turut percaya lelaki itu juga terlibat dengan sebuah video yang dimuat naik menggambarkan penderaan dan pembunuhan haiwan. - AGENSI

Gambar preview



Untuk lihat video sila download di bawah:

DOWNLOAD HERE
Like this post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...