Labels:
Tv Shows
Ameera 2012
Sinopsis
Drama Ameera berkisar kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagian melayari bahtera rumah tangga selama empat tahun walaupun masih belum dikurniakan anak.Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya mendesak Ameer berkahwin denga Marisha.
Apabila Ameera disahkan mandul, Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian, akhirnya mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatka anak dan menceraikan selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau sehingga seorang gadis kampung dan miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.
Zila melarikan diri dari kekasihnya Faruk, kerana mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran.Ameera membawa Zila pulang kerumahnya. Ameera menganggap Zila sebagai calon paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer.
Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Ameer pada mulanya membantah namun Ameera merayu supaya menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Dalam perjanjian yang ditandatangani Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.
Zila akhirnya jatuh cinta terhadap Ameer. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.
Apakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut itu memakan diri? Bagaimana pula nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripaada cengkaman Faruk?
Like this post :
0 comments:
Leave a Reply